Doa Untuk Anak yang Perlu Dibaca Setiap Hari Oleh Orang Tua

Setiap orang tua pastilah selalu berdoa agar anaknya senantiasa taat kepada orang tua, rajin beribadah, dan mendengar segala nasihat orang tua.

Berikut ini adalah beberapa doa yang bisa Sahabat Ummi bacakan setiap hari untuk anak.

1. Doa Agar Anak Rajin Sholat

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”. (QS. Ibrahim : 40)

2. Doa agar Anak Dilembutkan Hati

اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ

“Allah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.” (QS. As-Syura Ayat 19)

3. Agar Anak Dilapangkan Dada
Secara keseluruhan surah Al Insyirah boleh diamalkan setiap hari kerana ia mengandung pesan yang amat baik tentang berlapang dada.

Selain dibacakan sendiri, akan lebih bagus juga jika kita mengajarkannya kepada anak agar mereka juga memahami dan mengambil hikmah dalam surat yang terkandung.

4. Doa Pemberi Rahmat

رَبَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ

“Wahai Tuhan kami, kami telah beriman, maka ampunilah kami dan rahmatilah kami, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi rahmat.” (QS. Al-Mukminun : 109)

5. Doa Memohon Keturunan yang Soleh/Solehah

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah padaku untuk bersyukur atas nikmatmu yang telah Engkau kurniakan padaku juga pada orang tuaku. Dan ilhamkanlah padaku untuk melakukan amal soleh yang Engkau redhoi dan perbaikilah keturunanku” (QS.  Al-Ahqaf : 15)

Sahabat Ummi, seorang Ibu dan bapak yang baik akan sentiasa mendoakan anaknya menjadi yang terbaik.

Oleh hal karena itu, menjadi tanggungjawab ibu dan bapak untuk memastikan pendidikan agama yang sempurna diberikan kepada anak-anak. Semoga ulasan ini bermanfaat.

Sumber: ummi-online.com


Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments